Sunday 20 May 2012


Kajian ini mempunyai perkaitan dengan 4 domain yang diperkenalkan oleh Prof.Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2012) dalam siri ceramahnya bertajuk Sabah,Manusia Dan Alamnya: Mengupas NICHE Dan Identity Sains Social Di Sabah. Domain tersebut terdiri daripada domain kewilayahaan geografi,domain sistem masyarakat,domain sistem ekonomi dan sistem pemikiran. Antara keempat-empat domain tersebut,domain kewilayahaan geografi dan domain pemikiran mempunyai perkaitan yang sesuai dengan kajian ini. Bagaimanapun,domain system ekonomi dan system masyarakat juga mempunyai kepentingan dalam kajian ini.
  Dalam kajian ini,ia banyak menekankan tentang lokasi dan ruang fizikal dimana lokasi kajian yang terletak di kawasan tanah tinggi dan mempunyai ruang fizikal yang berbeza dengan kawasan sekitarnya. Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi di Sabah dan mempunyai ruang fizikal seperti suhu,bentuk muka bumi yang berbeza dengan kawasan sekitar seperti daerah Tambunan,Kota Kinabalu dan lain-lain. Jika dilihat, faktor perbezaan kewilayahaan geografi merupakan faktor yang telah mewujudkan keadaan fizikal sedemikian. Dalam kewilayahaan geografi ia menekankan dua perkara iaitu faktor manusia dan fizikal. Aktiviti manusia seperti meluaskan kawasan pertanian dan pelancongan akan memberi kesan kepada keadaan fizikal seperti pola suhu,hakisan tanah dan sebagainya,hal yang sama juga sebaliknya.
  Dari segi sistem pemikiran penduduk Kundasang juga dapat dilihat dalam konteks kajian ini kerana ia melibatkan persepsi penduduk Kundasang mengenai perubahan suhu. Pemikiran penduduk  di daerah Tambunan mengenai perubahan suhu mungkin berbeza dengan pemikiran penduduk Kundasang kerana keadaan suhu yang berbeza di kedua-dua kawasan tersebut. Oleh itu,bentuk pemikiran penduduk sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka.
   Keempat-empat domain ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Perbezaan geografi dan pemikiran turut mempengaruhi system masyarakat di sesuatu kawasan. Contoh yang mudah ialah, system masyarakat maritim dengan system masyarakat agraria mempunyai sistem masyarakat yang berbeza dan ia terhasil daripada perbezaan lokasi geografi iaitu berhampiran dengan laut dan kawasan pedalaman. Sistem masyarakat ini terhasil daripada interaksi dan intergrasi masyarakat dengan masyarakat yang lain.
  Dengan itu,ia turut mempengaruhi domain ekonomi di kawasan tersebut. Dengan adanya pembangunan dan interaksi dengan masyarakat luar system ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat. Dalam konteks Kundasang sendiri,terkenal dengan pengeluar hasil pertanian kerana adanya interaksi dengan masyarakat luar. Dengan adanya kemudahan jaringan jalan dan teknologi telekomunikasi pada masa kini ekonomi di Kundasang turut berkembang kepada system ekonomi perkhidmatan terutamanya dalam sektor pelancongan

No comments:

Post a Comment