Kajian ini mempunyai perkaitan dengan
4 domain yang diperkenalkan oleh Prof.Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
(2012) dalam siri ceramahnya bertajuk Sabah,Manusia
Dan Alamnya: Mengupas NICHE Dan Identity Sains Social Di Sabah. Domain tersebut
terdiri daripada domain kewilayahaan geografi,domain sistem
masyarakat,domain sistem ekonomi dan sistem pemikiran. Antara keempat-empat
domain tersebut,domain kewilayahaan geografi dan domain pemikiran mempunyai
perkaitan yang sesuai dengan kajian ini. Bagaimanapun,domain system ekonomi dan
system masyarakat juga mempunyai kepentingan dalam kajian ini.
Dalam
kajian ini,ia banyak menekankan tentang lokasi dan ruang fizikal dimana lokasi
kajian yang terletak di kawasan tanah tinggi dan mempunyai ruang fizikal yang
berbeza dengan kawasan sekitarnya. Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi di
Sabah dan mempunyai ruang fizikal seperti suhu,bentuk muka bumi yang berbeza
dengan kawasan sekitar seperti daerah Tambunan,Kota Kinabalu dan lain-lain. Jika
dilihat, faktor perbezaan kewilayahaan geografi merupakan faktor yang telah
mewujudkan keadaan fizikal sedemikian. Dalam kewilayahaan geografi ia
menekankan dua perkara iaitu faktor manusia dan fizikal. Aktiviti manusia
seperti meluaskan kawasan pertanian dan pelancongan akan memberi kesan kepada
keadaan fizikal seperti pola suhu,hakisan tanah dan sebagainya,hal yang sama
juga sebaliknya.
Dari segi sistem pemikiran penduduk Kundasang juga dapat dilihat dalam
konteks kajian ini kerana ia melibatkan persepsi penduduk Kundasang mengenai
perubahan suhu. Pemikiran penduduk di
daerah Tambunan mengenai perubahan suhu mungkin berbeza dengan pemikiran
penduduk Kundasang kerana keadaan suhu yang berbeza di kedua-dua kawasan
tersebut. Oleh itu,bentuk pemikiran penduduk sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran mereka.
Keempat-empat domain ini saling
berkaitan antara satu dengan yang lain. Perbezaan geografi dan pemikiran turut
mempengaruhi system masyarakat di sesuatu kawasan. Contoh yang mudah ialah,
system masyarakat maritim dengan system masyarakat agraria mempunyai sistem
masyarakat yang berbeza dan ia terhasil daripada perbezaan lokasi geografi
iaitu berhampiran dengan laut dan kawasan pedalaman. Sistem masyarakat ini
terhasil daripada interaksi dan intergrasi masyarakat dengan masyarakat yang
lain.
Dengan itu,ia turut mempengaruhi domain
ekonomi di kawasan tersebut. Dengan adanya pembangunan dan interaksi dengan
masyarakat luar system ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat. Dalam
konteks Kundasang sendiri,terkenal dengan pengeluar hasil pertanian kerana
adanya interaksi dengan masyarakat luar. Dengan adanya kemudahan jaringan jalan
dan teknologi telekomunikasi pada masa kini ekonomi di Kundasang turut
berkembang kepada system ekonomi perkhidmatan terutamanya dalam sektor
pelancongan