Thursday 29 March 2012


Blog ini menerangkan  tentang:
1.Kesan perubahan suhu
2. Persepsi penduduk tentang perubahan suhu
3. Adaptasi penduduk terhadap perubahan suhu
Suhu memainkan peranan penting dalam elemen cuaca lain seperti tekanan udara,angin dan hujan. Seperti kawasan lain di dunia, Sabah juga tidak lari daripada perubahan suhu terutamanya di kawasan sensitif seperti tanah tinggi Kundasang. Kesan yang dapat dilihat akibat perubahan suhu di kawasan tanah tinggi ialah  kesan terhadap tanah,biodiversiti dan kepada manusia sendiri. Perubahan suhu dapat mengubah tekanan udara dan seterusnya mengalihkan arah dan kelajuan angin dan jumlah lembapan yang dibawa. Kesan ketara yang dapat dilihat hasil daripada perubahan suhu ini ialah tanah runtuh dan degradasi tanah. Flora dan fauna yang terdapat di kawasan tanah tinggi sangat sensitif pada perubahan suhu kerana ia merupakan kawasan berendemisme tinggi,di mana hanya spesies tertentu sahaja dapat hidup di kawasan ini disebabkan faktor suhu yang sejuk berbanding kawasan lain. Selain daripada kepupusan sesetengah hidupan liar,terdapat tumbuhan yang dahulunya hanya tumbuh di kawasan tanah rendah tetapi telah tumbuh di tanah tinggi Kundasang pada masa kini,contohnya pokok kelapa,nangka dan banyak lagi. Ini menunjukkan terdapatnya perubahan suhu di Kundasang. Kesan kepada manusia dapat dilihat dari segi kesihatan dan sumber pendapatan mereka. Akibat daripada perubahan ini, adaptasi dan perancangan penting agar kesan perubahan ini dapat dikurangkan. Adaptasi dan perancangan dapat dijalankan secara berstruktur dan tidak berstruktur.

This is blog is about three important issues:

1. Effect of temperature changes.
2. Perception of public about the temperature changes.
3. Adaptation.


 Temperature plays an important role in other weather elements such as air pressure, wind and rain. Like other parts of the world, Sabah is also not deviate from the temperature changes, especially in sensitive areas such as high land Kundasang. The effects  of temperature changes on the highlands are the impact on soil, biodiversity and the human. Temperature changes can alter the air pressure and shifted direction and wind speed and the carrying amount of moisture. Significant effects can be seen as a result of temperature changes are landslides and soil degradation. Flora and fauna found in the highlands is very sensitive to temperature changes because it is a high endemism, where only certain species can live in this area are due to cold temperatures than other areas. In addition to the extinction of some wildlife, vegetation that used to only grow in the lowlands, but has grown in the highlands Kundasang at present, such as coconut, jackfruit and many more. This shows that there is a change in temperature in Kundasang. Impact on human health can be seen in terms of their income and resources. As a result of this change, adaptation and planning is important in order to effect this change can be reduced. Adaptation and planning can be carried out in structured and unstructured.